VISUALISASI MINDA: KE ARAH MERANGSANG PEMIKIRAN KREATIF
- memuatkan beberapa kisah pengalaman orang-orang ternama
- buku ini juga membuktikan bahawa kejayaan bermula daripada angan-angan
- Seni juga merupakan sebuah terapi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

TRANSFORMASI DIRI: SENI MEMBINA KECEMERLANGAN DIRI
- Buku ini menyatakan bahawa motivasi adalah dorongan untuk diri seseorang mencapai kejayaan dan kecemerlangan
- motivasi dapat diwujudkan dalam keadaan ketakutan terhadap sesuatu perkara iaitu perkara yang kadang kala boleh meningkatkan keyakinan diri.
- Selain itu, motivasi juga boleh menyebabkan keinginan
diri seseorang untuk mengejar atau mencapai sesuatu dan mendorong seseorang itu bersungguh-sungguh dalam melaksanakan sesuatu
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
POTENSI SQ, EQ & IQ DI SEBALIK AYAT AL-FATIHAH
- Buku ini menyentuh dan mengkaji keistimewaan di sebalik ayat-ayat al-Fatihah.
- Selain itu, ia dapat mengajar pembaca mengenali ALLAH sebagai pencipta mereka dengan memahami kejadian alam dan makhluk (Hablum Minallah dan Hablum Minannas)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
GEMBIRA BELAJAR DENGAN PETA MINDA
- Penggunaan peta minda membolehkan anak-anak muda
faham terhadap sesuatu perkara
- Peta minda juga dapat meringkaskan sesuatu fakta untuk meningkatkan daya ingatan.
- Ia juga dapat membantu menguatkan ingatan kanak-kanak kerana penggunaannya yang berwarna-warni dan ringkas
- Ia juga memberi gambaran yang jelas kepada kanak-kanak terhadap bahan-bahan pembelajaran.
Promosi berkaitan: Pakej 2, Pakej 3, Pakej 6
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
HARGAI SETIAP DETIK KEHIDUPAN
- Buku ini mendorong pembaca supaya lebih menghargai kehidupan dan perkara-perkara yang dilakukan semasa hidup
- Penulis menyampaikan pesanan dengan menyatakan bahawa satu perkara yang kita lakukan mungkin perkara yang terakhir, maka ia perlu dilakukan dengan terbaik
- Selain itu, buku ini juga mengajak pembaca yang sudah bekerjaya perlu ikhlas dalam melakukan sesuatu pekerjaan, bukan bekerja atas dasar wang
- Pembaca boleh meningkatkan motivasi diri dalam pemilihan bidang kerja yang dilakukan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
CAHAYA HIDAYAH
- Buku ini mengandungi 45 himpunan kisah-kisah remaja
- Kebanyakan kisah-kisah tersebut mengandungi unsur-unsur keagamaan, nasihat, panduan dan teladan.
- Kisah-kisah tersebut disertakan dengan maksud ayat al-Quran yang berkaitan bagi setiap kisah perubahan positif dalam hidup.
Promosi berkaitan: Pakej 2, Pakej 6
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
CAHAYA CINTA
- Buku ini mengandungi 49 himpunan kisah-kisah remaja
- Kebanyakan kisah-kisah tersebut mengandungi unsur-unsur cinta berlandaskan agama, nasihat dan teladan.
- Kisah-kisah tersebut disertakan dengan maksud ayat al-Quran yang berkaitan bagi setiap kisah.
- Sesuai untuk bacaan remaja sebagai inspirasi dan teladan dalam memupuk rasa kasih sesama insan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
RANGSANGAN MINDA DENGAN SISTEM BIOLEARNING
- Sistem Biolearning dan Bioreading membantu anak-anak mencapai tahap maksimum dalam pembelajaran
-Panduan kepada ibu bapa untuk membantu anak-anak mengasah minda dan meningkatkan daya tumpuan semasa belajar(fokus)
- Mempunyai 44 gambar ilusi untuk menguji kecekapan minda
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
BESTARI BERBICARA
- Buku ini menampilkan tips cara untuk menjadi penyampai yang hebat.
- Penyampaian yang berkesan berlaku apabila ia dapat mempengaruhi pendengar.
- Buku ini juga memaparkan teknik dan taktik yang bersifat sederhana, mudah dan praktikal bagi menjadi penyampai yang mengagumkan di khalayak.
- Semua orang layak digelar penyampai yang baik sekiranya dapat menjawab pertanyaan pendengar secara mudah dan berkesan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Read more...