Powered by Blogger.
DAPATKAN PROMOSI HEBAT DENGAN PENGGUNAAN BAUCAR RM 200-KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

FAQ Pemberian Baucar Buku 1Malaysia (BB1M)

Wednesday, 28 December 2011

1. Siapakah yang layak menerima bantuan baucar buku RM200?

  •  Semua pelajar warganegara Malaysia yang mengikuti pengajian pra-universiti, faundation, diploma, ijazah dan PhD di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.
  •  Semua penuntut yang berstatus pelajar dari 1 Januari 2012 hingga 31 Mac 2012 adalah layak untuk menerima BB1M.
  •  Pelajar separuh masa juga adalah layak menerima BB1M
2. Bila dan bagaimana untuk memohon BB1M?
  •  Baucar RM200 akan diagihkan kepada pelajar mulai 1 Januari 2012 oleh institusi pengajian masing-masing.
3. Berapa lama tempoh sah BB1M?
  •  BB1M boleh digunakan selama 3 bulan bermula 1Januari hingga 31 Mac 2012
4. Bagaimana dan di mana boleh menggunakan BB1M?
  •  Pelajar boleh membeli buku serta peralatan pembelajaran dengan menggunakan baucar di semua kedai buku yang menyertai program ini serta koperasi di IPTA & IPTS.
5. Adakah penuntut/pelatih Institusi Pendidikan Guru (IPG) di bawah program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) layak menerima BB1M?
  •  Penuntut/pelatih ini tidak layak menerima BB1M kerana mereka menerima elaun buku dan adalah pelatih pra-perkhidmatan.
6. Adakah pelajar di bawah program sijil layak untuk menerima BB1M?
  •  Semua pelajar yang mengikuti program sijil termasuk sijil profesional, sijil kemahiran dan sijil teknikal adalah tidak layak untuk menerima BB1M.
7. Adakah pelajar yang mengikuti kursus diploma kejururawatan layak untuk menerima BB1M?
  •  Pelajar yang mengikuti kursus diploma kejururawatan layak untuk menerima BB1M.

    sumber daripada: http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/FAQs_BELANJAWAN_2012.pdf

    0 comments:

    Post a Comment

    About This Blog

    Kami salah sebuah syarikat penerbitan buku Bumiputera yang menyertai Program Pemberian Baucar Buku 1Malaysia (BBR1M).

    About Me

    My Photo
    Kioz Buku
    KIOZ BUKU merupakan sebuah kios pembelian dalam talian yang menawarkan buku-buku terbaik dengan harga yang terendah Waktu Operasi: 9.00 pagi - 6.00 petang Isnin - Jumaat
    View my complete profile

      © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

    Back to TOP