Pemberian Baucar RM 200 kepada Pelajar IPT
Friday, 16 December 2011
BAJET 2012 yang bertemakan "DASAR TRANSFORMASI NASIONAL BAJET MEMBELA RAKYAT, MENSEJAHTERA NEGARA" telah dibentangkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada Jumaat, 7 Oktober 2011.
Kerajaan bercadang membuat pemberian tunai secara one-off atau sekali sahaja dan salah satu daripadanya adalah pemberian baucar buku bernilai RM 200 kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi dan pelajar tingkatan 6 di seluruh negara. Hal ini telah disebutkan di dalam Fokus ke-lima Bajet 2012 dalam usaha untuk meringankan belanja seharian rakyat termasuklah dalam menyekolahkan anak-anak.
Bantuan ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 1.3 juta pelajar dan melibatkan peruntukan RM 260 juta.
sumber dari:
http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/ub12.pdf


0 comments:
Post a Comment